Social Icons

Isnin

Pantun Teka-Teki

Pergi ke kedai membeli cili,
Cili dibeli dikedai Pak Anjang,
Apakah nama binatang ini,
Telinga lebar hidung panjang.

Pergi ke kedai membeli cili,
cili dibeli berkati-kati,
Apakah nama binatang ini,
mempunyai taji pada kaki.

Pergi kekedai berjalan kaki,
Berjalan kaki penat sekali,
Apakah nama binatang ini,
Badanya penuh dengan duri.

Jawapannya

Pergi ke kedai membeli kacang,
Kacang dibeli bersama cili,
Telinga lebar hidungnya panjang,
Tentulah gajah binatang ini.

Pergi ke kedai Pak Yahya,
Pergi ke kedai berjalan kaki,
Binatang ini mudah jawabnya,
Sudah tentu ayam bertaji dikaki.

Pergi ke kedai berjalan kaki,
berjalan kaki jauh sekali,
Badannya penuh dengan duri,
Tentulah landak binatang dicari.

17 ulasan:

kamar hati berkata...

salam...
salam ziarah & salam kenal...
tq, sudi singgah blog saya...
wahhhh berpantun la plak...
caya la...tabik spring la....
:)

arsaili berkata...

salam..wah terrornya berpantun

AIDIORA'S berkata...

salam..
^_^
saya link kamu yeh ? (:

Bawang Goreng berkata...

Salam ziarah...

Perak kat mane tu?

KAKTINY berkata...

salam..
amboi.. jawapan pun berpantun gak.. baguih baguih...

Akak berkata...

Salam...

Salam ziarah & salam kenal, singgah sini membalas kunjungan tuan rumah, terima kasih sudi singgah ke blog akak...

Bestnya, banyak sungguh pantun2nya, kreatif suggun tuan rumah nie..

Nak layan pantuk jap..

Yusoff berkata...

Terima kasih kamar hati atas komen tu, pantun kita biasa jer

Yusoff berkata...

terima kasih arsaili

Yusoff berkata...

terima kasih link aidiora, tp blog awk saya tak bleh nak tengok ler

Yusoff berkata...

bawang goreng, saya perak kat ipoh

Yusoff berkata...

terima kasih kaktiny singgah sini

Yusoff berkata...

terima kasih kepda yg sudi komen dan singgah kat blog along ni

jazrul berkata...

amboi pandainaya pantun


web design

fauzi berkata...

pantun yang munusuk
kalbu
fire suppression system

fauzi berkata...

pantun ni tambah sikit ayat lagi metsi power

malaysia web design

edrian_azril berkata...

wahhhh this pantun really help me in my school.thx ;)

Tanpa Nama berkata...

salam bnyak kali gi kedai ke...

Related Posts with Thumbnails