Social Icons

Isnin

Pantun Enam Kerat

Kepada ibu bapa hendaklah patuh,
Janganlah kita cuba menderhaka,
Kelak hidup tak akan sempurna,
Belajar biarlah bersungguh-sungguh,
Agar menjadi manusia berguna,
Supaya dapat memimpin dunia.

Indah sungguh negara Malaysia,
Menjadi sebutan merata-rata,
Hingga ke semua pelusuk negara,
Buatlah baik sesama manusia,
Semoga menjadi amalan kita,
Agar menjadi insan berguna.

Malaysia makmur dan Aman,
Menarik sekali tiada bandingan,
Dari utara hingga selatan,
Jagalah solat jagalah iman,
Jagalah aurat jagalah amalan,
Semoga hidup mendapat keberkatan.

Negara Malaysia berbilang bangsa,
Negara harmoni makmur dan aman,
Terkenal hingga serata dunia,
Indah perkataan kerana bahasa,
Indah lukisan kerana pemandangan,
Indah budaya kerana bangsa,

4 ulasan:

Whitetulip Tales berkata...

salam jumaat. selamat hari merdeka...bley wat pantun utk tulip tak??bertajuk bunga tulip!!kih!kih!

Along79 berkata...

insyaAllah boleh kot... tapi yg penting kena ler bg maklumatnya... hehehe

saya berkata...

best lah berpantun..camni saya pon nak pantun gak..

pucuk semalu diatas pagar
senduduk datang menumpang lalu
wajah ceria pasti tak ingkar
hati menangis siapa yang tahu

Demo jerr berkata...

pantun merdeka ke nie? hehe...

just dropping by slumbeR@J@!

Related Posts with Thumbnails