Social Icons

Jumaat

Cenderahati Dari Safiqa



Fakta Pemberi Cenderahati

Kepada along cenderahati diberi,
Safiqa belajar dekat universiti,
Cenderahati diterima seikhlas hati,
Tanda persahabatan kekal abadi.

Safiqa pelajar UTM Skudai,
Dia tinggal dekat Johor Baharu,
Naik basikal Safiqa tak pandai,
Itulah sahaja yang along tahu.


Fakta Penerima Cenderahati

Orang Melayu bersopan santun,
Kaya dengan budi bahasa,
Hobi along suka berpantun,
Kadang kala suka membaca.

Along terima sejujur hati,
Tanda persahabatan suci murni,
Terima kasih dengan cenderahati diberi,
Harap Safiqa berpuas hati.

Lima orang sahabat dicari,
Untuk Diberi cenderahati,
Tanda kenangan sahabat dihati,
Seperti nama dibawah ini.

Along Arman, Umaisarah, Halman, Epa, Hasliza

4 ulasan:

Seri berkata...

memang begitu adat manusia teman sejati tetap dikenang.

Unknown berkata...

coretan along gaya tersendiri,
capiqa membaca tersenyum di sini;
sangat menghargai teman sejati,
persahabatan kita selamanya bererti.

^_^

joegrimjow berkata...

nak skittt

Along79 berkata...

Terima kasih kepada yang tinggalkan komen yer, en joe nak sikit apa yer

Related Posts with Thumbnails