Social Icons

Selasa

Ibu

Kasih ibu bernilai sekali,
Kasih ibu tetap dihati,
Kasih ibu kasih yang murni,
Hati murni sesuci embun pagi.

Jasa ibu sukar ditandingi,
Walaupun ada harta berjuta,
Itulah tanda kasih ibu sejati,
Tiada ternilai harta didunia.

Hati ibu hati mulia,
Sanggup berkorban apa sahaja,
Kasih ibu sangat berharga,
Kasih ibu membawa ke syurga.

Jasa ibu besar sekali,
Tiada dapat dijual beli,
Semoga kita dapat menghargai,
Jangan menyesal di kemudian hari.
Related Posts with Thumbnails