Social Icons

Ahad

Award Dari Miss Durian



Terima kasih buat Miss Durian,
Atas award yang diberikan,
Along terima tanda persahabatan,
Semoga persahabatan kekal berpanjangan.

Award Buat Rakan Blog



Tiada apa dapat diberi,
Sekadar award buat ingatan,
Sudilah terima seikhlas hati,
Buat mengeratkan tali persahabatan.

Award Diberi kepada pengunjung,
Supaya dapat diletakan di blog anda,
Semoga seloka terus bersambung,
Agar kita dapat berseloka bersama.

Sabtu

Award Dari Kak Nurul



Terima kasih along ucapkan,
atas award yang diberikan,
Semoga persahabatan mendapat keberkatan,
Walaupun dialam maya kita behubungan.

Jumaat

Cenderahati Dari Safiqa



Fakta Pemberi Cenderahati

Kepada along cenderahati diberi,
Safiqa belajar dekat universiti,
Cenderahati diterima seikhlas hati,
Tanda persahabatan kekal abadi.

Safiqa pelajar UTM Skudai,
Dia tinggal dekat Johor Baharu,
Naik basikal Safiqa tak pandai,
Itulah sahaja yang along tahu.


Fakta Penerima Cenderahati

Orang Melayu bersopan santun,
Kaya dengan budi bahasa,
Hobi along suka berpantun,
Kadang kala suka membaca.

Along terima sejujur hati,
Tanda persahabatan suci murni,
Terima kasih dengan cenderahati diberi,
Harap Safiqa berpuas hati.

Lima orang sahabat dicari,
Untuk Diberi cenderahati,
Tanda kenangan sahabat dihati,
Seperti nama dibawah ini.

Along Arman, Umaisarah, Halman, Epa, Hasliza

Guru

Guru pendidik anak bangsa,
Tak kira Melayu Cina dan juga India,
Jasa guru tak ternilai harganya,
Sangat mulia disisi agama.

Guru umpama lilin yang terbakar,
Menerangi semua membakar diri,
Mendidik murid-murid dengan sabar,
Supaya boleh berjaya dikemudian hari.

Selamat hari guru kepada cikgu semua,
Along ucapkan tak kira dimana,
Semoga cikgu tidak berputus asa,
Dengan pelajar bermacam ragam adanya.

Terima kasih kepada mu guru,
Kerana mendidik kami hingga berjaya,
Mengajar kami tanpa rasa jemu,
Semoga Tuhan sahaja dapat menbalasnya.
Related Posts with Thumbnails