Social Icons

Khamis

Award Dari Raihana


Award diberi oleh Raihana,
Tanda persahabatan antara kita,
Semoga persahabatan kekal selamanya,
Walaupun kita tak pernah bersua muka.

Terima kasih dengan award yang diberikan,
Along terima dengan seiklas hati,
Semoga terjalin ikatan persahabatan,
Lain masa ada award boleh kasi lagi.

Hati-Hati Di Jalan Raya

Memandu dijalan raya hendaklah sabar,
Jangan memandu secara bahaya,
Lampu merah jangan dilanggar,
Kerana itu kesalahan jalan raya.

Semasa memandu janganlah terburu-buru,
Memandulah dengan cara yang berhemah,
Jangan kita memandu melebihi had laju,
Nanti surat saman sampai ke rumah.

Orang tua selalu berpesan,
Berhati-hati dijalan raya,
Jangan memotong barisan,
Kerana itu bukan budaya kita.

Jangan memandu mengikut hati,
Naik motor topi jangan lupa dipakai,
Memandulah dengan berhati-hati
Semoga kita selamat sampai

Berhati-hati keluar disimpang,
Pastikan tiada kenderaan yang datang,
Kiri dan kanan harus dipandang.
Semasa hendak membelok disimpang.
Related Posts with Thumbnails