Social Icons

Sabtu

Selamat Menyambut Maulidurrasul

Memantap ukhwah menjana umah,
Tema sambutan maulidurrasul tahun ini,
Semoga kita sentiasa mengamalkan sunah,
Kerana amalan sunah amalan Nabi.

Selamat menyambut maulidurrasul,
Kepada semua muslimin dan muslimat
Rasul junjungan Nabi yang unggul,
Semoga kita semua mendapat syafaat.

Rasul junjungan Nabi akhir zaman,
Membawa Syafaat buat semua umatnya,
Doa dan selawat buat Rasul junjungan,
Amalan selawat keatas Rasul jangan dilupa.

2 ulasan:

Seri berkata...

Seri datang nie menyusul,
Untuk bertemu seorang sahabat;
Selamat menyambut Maulidurrasul,
Tahun baru yang membawa berkat.

Mohd Yusoff berkata...

terima kasih kepada seri,
yang selalu singgah disini,
semoga persahabatan sentiasa diberkati,
Maulidurrasul membawa seribu erti.

Related Posts with Thumbnails