Social Icons

Ahad

Cahaya Mata Penyeri Hidup

Lahirmu sangat dinanti-nanti,
Lahir mu penuh berseri-seri,
Cahaya mata anugerah Illahi,
Semoga menjadi penyejuk hati.

Ibu bapa sabar menjaga,
Sabar menjaga anugerah bersama,
Cahaya mata penyeri ibu dan bapa,
Penawar dikala suka dan duka.

Dikala gembira dan juga sedih,
Susah payah diharungi bersama,
Hatimu bersih bak kain putih,
Perlu dicorak seindah rupa.

Indah nama kerana sifatnya,
Amanah dijaga dengan sempurna,
Baik didikan sempurna agamanya,
Baiklah juga budi bahasanya.

7 ulasan:

Seri Bahasa berkata...

Itulah adat resam hidup,
Dari dua jadi tiga empat;
Cahayamata penyeri hidup,
Semoga rumahtangga bertambah berkat.

*semoga bertambah seri dengan kehadiran orang baru.

Ummi Humaira berkata...

salam

cahaya 1000 bln nama isteri
itu ler dia adik sepupu ummi
nur aribah penambah seri
semoga ikatan kukuh abadi.

Mohd Yusoff berkata...

Cahaya mata penyeri keluarga,
Sungguh bernilai dalam kehidupan,
Terima kasih kepada semua,
Di atas doa dan sokongan yang diberikan.

tehr berkata...

Buah pala sudah dibeli,
Buah kelapa gugur setandan,
Tahnias atas kurnian Ilahi,
Syukur atas kurniaaan Tuhan.

memeY berkata...

tahniah..dh jd ayah rupenye..comel anak along =)

mamawana berkata...

Baby comel....tahniah

sunglasses berkata...

tahniah comel betul

Related Posts with Thumbnails