Social Icons

Selasa

4 Bulan Yang Berlalu


Empat bulan berlalu sudah,
Masa berlalu segar dan harum,
Cergas dan pintar Nur Aribah,
Hati tenang bila ia tersenyum.

Susu dibuat dengan air masak,
Dibuat tidak terlalu manis,
Semakin hari semakin bijak,
Ada masa ketawa serta menangis.

Senyum dan tawa Nur Aribah,
Membuat hati berseri-seri,
Semoga menjadi anak solehah,
Menjadi kebanggaan Abi dan Umi.

6 ulasan:

Seri Bahasa berkata...

Cahayamata penyeri kalbu,
Ditantang ibarat sebutir permata;
Sunyi rumah tanpa tangismu,
Semoga sehat selamat sejahtera.

Bayu Kenangan berkata...

Hidup bersama terkabul kini,
Tangis gembira mengalir di pipi,
anak permata hidup ini,
pengubat rindu pengubat sepi

zara aluwi berkata...

Anak-anak adalah cahaya mata anugerah Allah. Kehadirannya adalah rezeki kurniaan Allah yang disambut dengan sejuta syukur lagi bahagia.

rozainita rosley berkata...

senyum tawamu, penawar duka,
mengikat kasih ayah ibu,
hilang lelah seharian bekerja,
ceria wajahmu pengubat hatiku.

along79 berkata...

Anak-anak penawar duka
tak kira malam atau pun siang
Terima kasih kepada semua,
kerana sudi singgah ke blog along.

sunglasses berkata...

comel betul
anak2 merupakan anugerah Allah
yang tidak ternilai harganya
kita patut bersyukur dengan amanah yang telah diberikanNya

Related Posts with Thumbnails