Semasa kanak-kanak pergi sekolah,
Indah sekali masa berlalu,
Masa sekolah masa yang indah,
Belajar bersama menuntut ilmu.
Berbaju putih pakaian rasmi,
Bila dipakai cantik bergaya,
Terima kasih kepada guru kami,
Mengajar kami hingga Berjaya.
Sabtu
Selasa
4 Bulan Yang Berlalu
Empat bulan berlalu sudah,
Masa berlalu segar dan harum,
Cergas dan pintar Nur Aribah,
Hati tenang bila ia tersenyum.
Susu dibuat dengan air masak,
Dibuat tidak terlalu manis,
Semakin hari semakin bijak,
Ada masa ketawa serta menangis.
Senyum dan tawa Nur Aribah,
Membuat hati berseri-seri,
Semoga menjadi anak solehah,
Menjadi kebanggaan Abi dan Umi.
Langgan:
Catatan (Atom)








