Social Icons

Memaparkan catatan dengan label Pantun 4 Kerat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pantun 4 Kerat. Papar semua catatan

Selasa

Solat


Pergi ke kedai membeli sikat,
Sikat dibeli dikedai Pak Mat,
Mari kita bersama menjaga solat.
Semoga hidup kita sentiasa mendapat rahmat.            

Hendak makan jangan lupa bismillah,
Itu tanda bersyukur dengan makanan,
Menunaikan solat itu perintah Allah,
Solat itu menghindarkan kemungkaran.

Dari Bandar Baru singgah selama,
Hendak mencari buah salak,
Solat yang wajib ada lima,
Subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Ahad

Pantun Pembuka & Penutup Majlis

Salam Sejahtera kami ucapkan,
Buat Semua Hadirin Hadirat
Selamat datang Tuan dan Puan,
Semoga majlis kita membawa berkat.

Sebelum majlis kita teruskan,
Sebelum saya meneruskan bicara,
Semoga Majlis mendapat keberkatan,
Dijemput Ustaz untuk membacakan doa.

Anak kancil dan anak rusa,
dua-dua laju berlari,
Yang baik dari yang Maha Kuasa,
Yang lemah dari saya sendiri.

Berakhir sudah majlis kita,
Semoga berjumpa ditahun hadapan,
Jika ada terlanjur kata,
Salah dan silap dapat dimaafkan.

Isnin

Ceramah Perdana Ke 2 - 2014


Mendengar ceramah membersihkan hati,
Selain mendapat ilmu yang berguna,
Mudah-mudahan semuanya diberkati Illahi,
Semoga ilmu dapat diamalkan bersama-sama.

Ahad

Ceramah Perdana 2014


Marilah bersama-sama mendengar ceramah,
Agar berguna di kemudian hari,
Semoga kita semua dalam lindungan Allah,
Mudah-mudahan semuanya dirahmati.

Sabtu

Cuti Sekolah


Pergi bercuti bersama keluarga,
Untuk merehatkan fikiran seketika,
Cuti sekolah memanglah gembira,
Tapi pelajaran jangan dilupa.

Pergi bercuti bersama keluarga,
Pergi bercuti ke Teluk Batik,
Tak perlu pergi jauh keluar negara,
kerana di Malaysia pun banyak tempat menarik.

Dalam bergembira semasa bercuti,
Keselamatan dijalan raya hendaklah dijaga,
Kerana nyawa tiada nilai ganti,
Agar semua bercuti dengan riang dan gembira.

Isnin

Salam AidilAdha 1434H(2013)


Pergi ke masjid naik kereta,
Kereta dipandu dengan sopan,
Salam Aidil Adha buat semua,
Harap salah dan silap dimaafkan

Jumaat

Salam Aidilfitri 1434H


Salam Aidilfitri buat rakan dan taulan,
Juga buat semua Muslimin & Muslimat,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Semoga Aidilfitri ini mendapat berkat.

Khamis

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1434 H


Bulan Ramadhan bulan yang mulia,
Bulan yang penuh dengan keberkatan,
Selamat berpuasa buat semua,
Semoga ibadah puasa penuh sebulan.

Bulan puasa elok ditambah amalan,
Bukan sekadar puasa penuh sebulan,
Solat jemaah, sedekah dan membaca Al-Quran,
Semoga menjadi amalan bukan sekadar dibulan Ramadhan.

Jumaat

Selamat Hari Guru 2013


Kerja guru sangatlah mulia,
Memberi tunjuk ajar tak kira masa,
Umpama lilin membakar dirinya,
Untuk melihat anak murid berjaya.

Guru memberi tunjuk ajar yang berguna,
Serta tidak mengenal erti berputus asa,
Mendidik tanpa mengira bangsa,
Agar menjadi insan berguna di dunia.

Selamat hari guru tak kira dimana,
Along ucapkan buat guru semua,
Semoga guru terus berusaha,
Mendidik anak bangsa hingga berjaya.

Ahad

Agama, Negara dan Bangsa Kita

Doa azimat anak melayu,
Doa buat negara tercinta,
Marilah kita semua bersatu,
Menjaga keamanan negara kita.

Doa azimat anak melayu,
Doa buat negara kita,
Teguh negara kerana bersatu,
Untuk kedaulatan Negara tercinta.

Kedaulatan Negara tangungjawab bersama,
Demi Negara yang dicintai dan disayangi,
Maruah Agama, Negara, Bangsa wajib dijaga,
Menjadi azimat tersemat dihati.

Jumaat

Salam Maulidur Rasul 1434H

Salam Maulidur Rasul pada umat Islam semua,
Umat Muhammad junjungan Mulia,
Sunah Rasullullah jangan dilupa,
Semoga menjadi amalan setiap masa.

Rabu

Salam Aidil Fitri 1433

Selamat Hari Raya buat sahabat semua,
Tidak kira yang jauh atau pun dekat,
Jangan dilupa pada yang tua,
Semoga Aidil Fitri mendapat berkat.

Suasana indah di pagi raya,
Umat Islam saling berkunjungan,
Kalau ada terkasar bahasa,
Salah dan silap harap dimaafkan,

Khamis

Selamat Hari Guru 2012

Guru itu umpama lilin yang menyala,
Ilmu diajar tidak mengira agama dan bangsa,
Selamat hari guru buat guru di malaysia,
Semua jasa guru hanya Allah mampu membalasnya.

Ahad

Pantun Selamat Malam

Malam waktu untuk lelapkan mata,
Untuk berehat seketika,
Selamat malam buat semua,
Doa tidur jangan dilupa.

Doa tidur jangan dilupa,
Sampai masanya pejamlah mata,
Rehatkan badan serta juga jiwa
Tidurlah mata dengan lena.


Sebelum tidur minumlah dulu,
Jangan dilupa pada yang Satu,
Tidurlah lena tanpa diganggu,
Agar esok bangun segar selalu.

Sabtu

Selamat Menyambut Awal Muharram 1433H

Solat, Iman dan Aurat hendaklah dijaga,
Lakukanlah dengan penuh istiqomah,
Selamat menyambut Awal Muharram 1433,
Semoga iman dan amal kita makin bertambah.

Solat 5 waktu jangan dilupakan,
Menutup aurat juga satu kewajipan,
Islam indah penuh kesempurnaan,
Semoga Awal Muharram membawa perubahan.

Salam Aidil Adha 1432

Daging lembu dimasak kurma,
Untuk hidangan rakan dan taulan,
Selamat Hari Raya Aidl Adha,
Salah Silap Mohon kemaafan.

Sayu hati di pagi raya,
Mendengar alunan takbir bergema,
Salam Aidil Adha buat semua,
Muslimin & Muslimat serata dunia.

Khamis

Ceramah Perdana Oktober 2011

Ceramah agama makanan rohani,
Marilah kita sama-sama mendengarnya,
Semoga kita semua diberkati Illahi,
Agar kita mendapat ilmu yang berguna.

Jumaat

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat hari raya buat rakan-taulan,
Sekadar ucapan tanda ingatan,
Sahabat dan kenalan tidak dilupakan,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Isnin

Salam Ramadhan 1432 Hijrah

Selamat berpuasa dibulan ramadhan,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Mudah-mudahan dapat puasa penuh sebulan,
Semoga Ramadhan tahun ini beroleh keberkatan.

Kepada yang tidak bernasib baik jangan dilupa,
Hulurkan bantuan amatlah digalakan,
Bulan Ramadhan bulan yang mulia,
Semoga kita dapat menambahkan amalan.

Berpuasa menahan lapar dan dahaga,
Juga meninggalkan pekara yang haram lagi berdosa,
Jangan biarkan puasa yang sia-sia,
Solat 5 waktu wajib dijaga dengan sempurna.

Khamis

Karnival Hari Kerjaya 2011

Karnival kerjaya kini sudah tiba,
Marilah kita semua mencari kerja,
Semoga ada kerja yang sesuai disana,
Rajin usaha pastikan berjaya.
Related Posts with Thumbnails