Kasih ibu bernilai sekali,
Kasih ibu tetap dihati,
Kasih ibu kasih yang murni,
Hati murni sesuci embun pagi.
Jasa ibu sukar ditandingi,
Walaupun ada harta berjuta,
Itulah tanda kasih ibu sejati,
Tiada ternilai harta didunia.
Hati ibu hati mulia,
Sanggup berkorban apa sahaja,
Kasih ibu sangat berharga,
Kasih ibu membawa ke syurga.
Jasa ibu besar sekali,
Tiada dapat dijual beli,
Semoga kita dapat menghargai,
Jangan menyesal di kemudian hari.
Selasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
hu hu hu.. aku teringat kat mak aku kat kampung.. banyak jasa dan pengorbanannya yg tak terbalas..
Nazz
I missed my mom. Huhu. :(
sgt2 rindu pada mak saya....
dahulu bonda pernah berkata,
kasih manusia usah diraja;
tapi berbeda bagi anakanda,
ratu di hati itulah bonda.
^_^
Ada ibu rasa bahagia,
Kasih ibu kita hormati,
Terima kasih kepada komen semua,
kalau ada masa datang ler lagi.
hye along..
salam ziarah gak..
sy da jd ur follower..=)
x terbalas jasanya..
kasih sayang ibu tiada gantinya...
shahdu la plk baca n3 nih..
Catat Ulasan