Guru pendidik anak bangsa,
Tak kira Melayu Cina dan juga India,
Jasa guru tak ternilai harganya,
Sangat mulia disisi agama.
Guru umpama lilin yang terbakar,
Menerangi semua membakar diri,
Mendidik murid-murid dengan sabar,
Supaya boleh berjaya dikemudian hari.
Selamat hari guru kepada cikgu semua,
Along ucapkan tak kira dimana,
Semoga cikgu tidak berputus asa,
Dengan pelajar bermacam ragam adanya.
Terima kasih kepada mu guru,
Kerana mendidik kami hingga berjaya,
Mengajar kami tanpa rasa jemu,
Semoga Tuhan sahaja dapat menbalasnya.
Jumaat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
menjadi contoh, mencurah ilmu,
tak kenal lelah, tak tahu jemu;
itulah cikgu, itulah guru,
besar jasanya sejak dahulu.
cekgu2 semua, selamat hari guru! ^_^
sedap puisi ni...
susahnya jadi cikgu, tapi ramai ibubapa dan murid tak faham.
"selamat hari guru"
mirid cerdik kerana guru
kalau bengap PIBG salahkan guru
murid nakal berdiri atas bangku
sampai bebila tak lupakan guru
bole terima ker pantun nih hahaha
Catat Ulasan