Sahabat sejati sahabat setia,
Ikhlas bersahabat membawa berkat,
Selalu memberi nasihat berguna,
Agar selamat dunia akhirat.
Selalu memberi nasihat berguna,
Agar selamat dunia akhirat,
Buat panduan dimana berada,
Agar persahabatan membawa berkat.
Suka duka dikongsi bersama,
Hadapi cabaran dengan tenang,
Sahabat sejati berhati mulia,
Sanggup bersama susah dan senang.
Semasa didunia baik dihargai,
Jangan sampai pergi tak kembali,
Bermacam-macam kawan boleh dicari,
Tak mungkin sama sahabat sejati.
Khamis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Lama tak dgr berita dari sahabat sejak kecil, Masyanita Md. Yassin. Ntahlah, malas nak contact. ari tu, ada selisih sikit..
best pantun nasihat ni ღ -【NⓞϟNickϟNΔmɛ】-
terima kasih pada semua yang sudi membaca dan memberi komen di blog seloka melayu....
maaf...yg ada di sini bukan pantun sebenarnya. kerana pantun 4 kerat mempunyai 2 baris pembayang dan 2 baris maksud
Hati sahabat perlu dijaga
Tuturkata hendak bersopan
Maksude pantun in?
Rozana
Catat Ulasan