Lepas dijemur baju dilipat,
Disimpan dalam almari lama,
Jangan kita tinggalkan solat,
Kerana Solat tiang agama.
Jangan kita tinggalkan solat,
kerana solat tiang agama,
Hidup mesti bermuafakat,
Barulah harmoni sepanjang masa.
Berbudi bahasa amalan mulia,
Tanpa mengira tua dan muda,
Tiada kejayaan tanpa usaha,
Untuk berjaya jangan mudah berputus asa.
Indah perkataan kerana bahasa,
Indah akhlak kerana agama,
Jasa ibu bapa jangan dilupa,
Kerana ia tidak ternilai harganya.
Hidup berjiran mesti sepakat,
agar hubungan harmoni sentiasa,
Bertaubatlah sebelum terlambat,
kerana ajal datang tak kira usia
Selasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
sy selalu membuat buku skrap dengan mencari pantun pantun di seloka melayu blog....
ada tk pantun yng mcm ni...Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga,Hancur badan dikandung tanah,Budi baik dikenang juga.
Hendak gugur,gugurlah nangka,Jangan menimpa dahan pauh,hendak tidur.tidurlah mata,Jangan terkenang orang yang jauh.
Anak ayam terkedek-terkedek,Lalu masuk ke rumah Pak Isa,Apa guna berwajah cantik,Jika tidak berbudi bahasa....ada tk,ada tk....
Saya turut meminati pantun..
........
Catat Ulasan