Social Icons

Jumaat

Budi Bahasa

Agama Islam jadi pegangan,
Tersebar luas ke seluruh dunia,
Indah lukisan kerana pemandangan,
Indah bangsa kerana budaya.

Bersama-sama mempertabatkan bangsa,
Supaya terkenal diserata dunia,
Tolong menolong sesama kita,
Amalan mulia berbudi bahasa.

Negara Malaysia berbilang bangsa,
Sudah dikenali serata dunia,
Yang muda hormat pada yang tua,
Berbudi bahasa amalan kita.

Indah sungguh Negara Malaysia,
Ada pelbagai adat dan budaya,
Tak kira kaum atau bangsa,
Marilah kita amalkan berbudi bahasa

3 ulasan:

CuTeMiUt78 berkata...

oh.. bagus tul bahasa pantun tu..

Miss Jaz berkata...

salam along,best gak pantun nie yer..bleh ler jue ambik sebagai koleksi..mana tau bleh digunakan dlm majlis2 yang berkaitan.takpayah jue reka pantun dah.he..he..ke hak cipta terpelihara?

unaOoOuna berkata...

sangat indah :)

Related Posts with Thumbnails