Memandu dijalan raya hendaklah sabar,
Jangan memandu secara bahaya,
Lampu merah jangan dilanggar,
Kerana itu kesalahan jalan raya.
Semasa memandu janganlah terburu-buru,
Memandulah dengan cara yang berhemah,
Jangan kita memandu melebihi had laju,
Nanti surat saman sampai ke rumah.
Orang tua selalu berpesan,
Berhati-hati dijalan raya,
Jangan memotong barisan,
Kerana itu bukan budaya kita.
Jangan memandu mengikut hati,
Naik motor topi jangan lupa dipakai,
Memandulah dengan berhati-hati
Semoga kita selamat sampai
Berhati-hati keluar disimpang,
Pastikan tiada kenderaan yang datang,
Kiri dan kanan harus dipandang.
Semasa hendak membelok disimpang.
Khamis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
pantun nasihat yang baik...
p/s lama tak update blog ye..
lucu jugak pantun nie. 2-3 minggu nie sibuk carikan identiti baru buat blog seri.
boleh ke seri ambil pantun nie nak siarkan kat blog seri?
To Tirana - yup lama tak update tirana, tak der idea dan bz sikit, hehehehe....
To Seribahasa - Boleh jer ambik ler, yang penting letak jer link along, atau bgtau jer dapat mana pantun ni yer, ok terima kasih
Hi Friend can we exchange links..
Hi Friend can we exchange links..
Catat Ulasan