Jumaat
Selamat Tahun Baru 2010
Selamat tahun baru buat semua,
Syukurlah padaNya kerana dipanjangkan usia,
Semoga tahun ini lebih bermakna,
Buka buku baru tutup buku lama.
Terima kasih buat pembaca sekalian,
Tiada apa yang dapat diberikan,
Sekadar ucapan tahun baru buat tatapan,
Semoga ikatan ukhwah berpanjangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
yang pergi takkan kembali,
ibarat kita dah sampai hayat;
syukur dan puji kepada illahi,
semoga tahun baru membawa hidayat.
Terima kasih kepada seri,
Pembaca setia yang selalu kesini,
Salah dan silap jangan disimpan dihati,
Semoga ikatan ukwah mendapat keredaan Illahi.
buah rambutan kesukaan saya,
enak dimakan,sedap rasanya,
tahun baru sudah pun tiba,
Mari kita mengumpul pahala...
Terima kasih along ucapkan,
Kerana sudi singgah disini,
semoga pahala dapat dikumpulkan,
yang penting ibadat seikhlas hati.
wahai along apa khabarmu?
maaf lama tidak ke sini
teruslah menulis tanpa jemu
untuk berkongsi ilmu di hati.
:D
Along tidak pergi kemana-mana,
ada idea penulisan tetap diteruskan,
Alhamdulillah along disini sihat sahaja,
Terima kasih atas dorongan yang diberikan.
tahun baru semangat baru, hari kemarin adalah masa lalu, hari ini adalah harimu, esok hari adalah mimpi dan belum tentu ada, lakukan yang terbaik untuk hari ini.
kita hampir kian menghampiri tahun 2011....
Catat Ulasan