![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRnL9EonQEIVdx0GxwM9rUt4mgBzsMSsWhgcz_zkKYP7HMxJJpl5Fvup8nD50puwgVlUVkvg89j0S6qaZ_Q4PKJXzP3EbWuktl-pRnfhPQKnartZ0298LDNBLbfCwqiFv5yFiwRdnMS_dn/s320/Cenderahati.jpg)
Fakta Pemberi Cenderahati
Kepada along cenderahati diberi,
Safiqa belajar dekat universiti,
Cenderahati diterima seikhlas hati,
Tanda persahabatan kekal abadi.
Safiqa pelajar UTM Skudai,
Dia tinggal dekat Johor Baharu,
Naik basikal Safiqa tak pandai,
Itulah sahaja yang along tahu.
Fakta Penerima Cenderahati
Orang Melayu bersopan santun,
Kaya dengan budi bahasa,
Hobi along suka berpantun,
Kadang kala suka membaca.
Along terima sejujur hati,
Tanda persahabatan suci murni,
Terima kasih dengan cenderahati diberi,
Harap Safiqa berpuas hati.
Lima orang sahabat dicari,
Untuk Diberi cenderahati,
Tanda kenangan sahabat dihati,
Seperti nama dibawah ini.
Along Arman, Umaisarah, Halman, Epa, Hasliza
4 ulasan:
memang begitu adat manusia teman sejati tetap dikenang.
coretan along gaya tersendiri,
capiqa membaca tersenyum di sini;
sangat menghargai teman sejati,
persahabatan kita selamanya bererti.
^_^
nak skittt
Terima kasih kepada yang tinggalkan komen yer, en joe nak sikit apa yer
Catat Ulasan